Tuesday, 17 June 2014

MENTERJEMAH UNSUR BUDAYA .

Menurut Kamus Dewan, BUDAYA boleh didifinisikan kepada 'keseluruhan cara hidup(merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan(akal budi).

menurut Aziz ET.AL, unsur-unsur budaya boleh dibahagikan kepada beberapa unsur iaitu :

1.budaya ekologi
-bdaya jenis ini merupakan budaaya yang berbentuk habitat makhluk hidup. ini bermaksud, ilmu yang mengkaji tentang struktur alam dan fungsinya serta mengkaji manusia yang menjadi sebahagian daripada alam persekitaran semulajadi(Saberi Othman, 1986:1)

2. budaya sosial
unsur sosial ini berkait dengan adat resam dan kepercayaan masyarakat itu sendiri. setiap golongan samada golongan sumber mahupun golongan sasaran mempunyai budaya dan kepercayaan mereka tersendiri yang perlu penterjemah kaji dan kuasai agar tidak tersalah terjemah.

3. budaya ideologi
unsur ini pula membawa pentejemah kepada aspek keagamaan, kepercayaan, adat resam dan politik. biasanya, proses meenterjemah unsur ini agak rumit kerana ia berkait rapat dengan emosi dan pandangan seseorang di dalam teks yang perlu diambil kira dengan teliti.

4. budaya material
unsur ini berbentuk material yang memerlukan penterjemah menterjemah benda-benda yang mempunyai istilah-istilah nya yang tersendiri dari bahasa masing-masing.


sekian, terima kasih.
posted by syatirah.

No comments:

Post a Comment