1. Teks sumber
teks sumber adalah teks asal sebelum diterjemah. ia haruslah sesuai dengan kemampuan dan penguasaan ilmu pengetahuan penterjemah. sekiranya teks sumber yang ingin diterjemahkan itu berada diluar kemampuan penterjemah, ia akan memudharatkan golongan sasaran dan penterjemahan tidak dapat dihasilkan dengan baik.
2. Analisis
analisis yang dijalankan terhadap teks sumber seperti membaca keseluruhan teks terlebih dahulu untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh tentang teks sumber tersebut.
3. Pemindahan
Proses ini merupakan proses yang paling penting. pemindahan kata bermaksud proses mencari padanan bahasa sumber kepada bahasa sasaran. proses ini adakalanya sangat rumit dalam mencari padanannya kerana bukan semua perkataan mempunyai padanan yang sama dengan bahasa sasaran. proses mencari padanan yang sesuai ini mengambil masa yang agak lama.
4. Menstruktur semula
selepas pemindahat kata dilakukan, penterjemah haruslah menstruktur kembali ayat yang telah dipindahkan tersebut. struktur ayat yang digunakan haruslah ringkas dan mudah difahami dan disampaikan kepada golongan sasaran.
5. Memeriksa
selepas menstruktur ayat, penterjemah haruslah diperiksa. pemeriksaan boleh dilakukan sendiri atau menyuruh golongan pakar. ini merupakan satu tugas yang sukar kerana ia harus memeriksa setiap perkataan padanan terjemahan yang tepat.
6. Menyemak
proses ini bertujuan untuk memastikan tiada lagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh penterjemah. ini juga salah satu cara untuk menyesuaikan teks terjemahan dengan kehendak pembaca sasaran.
proses ini bertujuan untuk memastikan tiada lagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh penterjemah. ini juga salah satu cara untuk menyesuaikan teks terjemahan dengan kehendak pembaca sasaran.
7. Menyunting
proses ini bukanlah sebahagian daripada proses penterjemahan sebenarnya, tetapi ia penting. ia bertujuan untuk membuang bahan yang tidak perlu dan mewujudkan keseragaman teks semiranya ia diterjemahkan oleh ramai orang.
8. teks sasaran
selepas semua disiapkan, teks tersebut boleh lah diedarkan kepada kelompok sasaran.
Sekian, selamat mencuba !
post by syatirah.
No comments:
Post a Comment