1) Kata nama khas (bahasa Arab) seperti علي (Ali), محمد (Muhammad), فاطمة (Fatimah) dan زينب (Zainab) tidak perlu diterjemahkan, tetapi ada dua perkara penting yang perlu diambil kira, iaitu :
1-Menukarkan huruf Arab kepada huruf Rumi.
2-Memulakan setiap perkataan dengan huruf besar.
-dalam kes ini kit tidak perlu mencari padanan yang sama untuk diterjemahkan, cukup lah memadai dengan menukarkannya kedalam tulisan rumi kerana bahasa sasaran sudah sinonim dengan perkataan tersebut dan sekiranya dipindahkan juga, ia pasti membawa masalah kepada pembaca.
Sekiranya kata nama khas itu ada padanannya dalam bahasa asing, seperti bahasa Inggeris, penterjemah perlu tahu memilih padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu.
Contohnya:
الإسكندر الأكبر (BA) - Alexander The Great (BI) dan Iskandar Yang Agung (BM); داود (BA) - David (BI) dan Daud (BM)
ini kerana, nama-nama yang asing ini perlulah diketahui istilah-istilah yang biasa digunakan oleh penduduk tempatan agar ia tidak mendatangkan masalah kepada pembaca.
sekian, selamat menterjemah !
post by syatirah
No comments:
Post a Comment