Saturday 17 May 2014

Assalamualaikum sahabat2 semua,, jom kita berbicara dlam bahasa arab,, kita praktik terus dalam kehidupan kita,, disini saya nak kongsikan dialong yang boleh digunakan ketika menerima pendatang baru,,, heheh
cuba dan cuba dan terus mencuba berkomunikasi dalam bahasa arab............

أنا زائر جديد في العاصمة. :A
saya pendatang baru di kota ini...

ومن أي بلد أنت ؟ :B
dari mana asal anda?
أنا من جزير ة فغكور :A
saya berasal dari pulau pangkor
كم يوما قضيت في هذه العاصمه ؟: B
sudah lama anda dikota ini
لي في العاصمة يومان فقط . وأين موقف الأتوبيس؟:A
Baru dua hari. oh ya dimana perhentian bas?
هناك أمام قسم الشرطة. اعبر هذا الشارع.: B
di sana didepan balai polis. lintasi jalan itu.
هل في هذا المكان عبور للمشاة؟:A
adakah lintasan pejalan kaki dikawasan ini
لا يوجد :B
tidak ada
طيب . سأعبر هذ ا الشارع :A
baiklah, saya akan menyeberangi jalan itu
أرجو أن تكون منتبها أثنا ء العبور. هناك حوادث في هذه الأيام :B
saya harap anda berhati-hati menyeberangi jalan itu. Ada banyak berlaku kemalangan ketika ini>

Monday 12 May 2014

BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH

Assalamualaikum semua. hari ini saya akan berkongsi sebuah cerita yang membawa pengajaran kepada kita semua. ini adalah cubaan saya untuk menterjemah teks ni dengan behemah, Insyaallah. 

 

يحكى أن رجلا كان له ثلاثة أبناء

 Diceritakan seorang lelaki yang mempunyai tiga orang anak

وكان الأبناء في خلاف دائم

 dan anak-anak itu selalu bergaduh

وطالما وعظهم أبوهم بالحكمة ونصحتهم بالرفق ولكن دون فائدة

 dan bapa itu menasihati mereka dengan hikmah dan lemah lembut, tetapi ia tidak memberi faedah

فقرر الأب أن يلقنهم درسا فأمرهم 

maka bapa itu memutuskan untuk memberikan pengajaran kepada anak-anak trsebut.

 ذات يوم بأن يحضر إليه حزمة من العصي

pada suatu hari, bapa mereka membawa satu ikatan lidi, 

فلما أخضروها ناولها واحدا بعد الآخر

kemudian bapa itu memberikan lidi tersebut kepada anak-anaknya 

وطلب منه أن يكسرها فلم يقدر أحد منهم على كسرها

dan menyuruh mereka mematahkan ikatan tersebut, tetapti mereka tidak mampu mematahkannya walaupun sebatang lidi.

ففك الأب الحزمة وأخذ العصي

maka bapa itu pun meleraikan ikatan lidi tersebut

وفرقها عليهم فكسروها في سهولة ويسير

dan memberiknnya kepada mereka dan dapat mematahkannya dengan mudah dan senang.

عندئذ قالت الأم لأبنائها

 pada ketika itu, ibunya berkata ,

إن اتحدتم وتعاونتم كنتم كهذه الحزمة

apabila kamu bersatu dan bekerjasama antara kamu seperti ikatan lidi ini, 

لا يستطيع أعداؤكم أن ينالوا منكم

tidak mampu bagi musuh-musuh kamu untuk menggoyahkan kamu

وإن تفرقتم كنتم كهذه العصي

apabila kamu berpisah seperti lidi ini

فإنه يسهل على أعدائكم تفرقتم

maka mudahlah bagi musuh kamu untuk memisahkan kamu

قال الأب هل فهمتم الموعظة؟

adakah kamu faham peringatan ini ??


post by Syatirah

kawan-kawan sebelum tido jangan lupa ambik wuduk dan baca doa, saya kongsikan sedikit ilmu, jom kita baca empat ayat ini.... ayat yang mudah sajee...



BAHASA ARAB ITU PENTING SANGAT DALAM ISLAM

اللغة العربية مهمة جدا في الإسلام

SEBAB QURAN ITU DALAM BAHASA ARAB

بسبب القرأن في اللغة العربية

HADIS ITU DALAM BAHASA ARAB DAN SOLAT ITU JUGA DALAM BAHASA ARAB


الحديث في اللغة العربية و الصلاة أيضا في اللغة العربية

BERMAKNA BAHASA ARAB PENTING SANGAT DALAM BAHASA ARAB


بمعنى اللغة العربية مهمة جدا في الإسلام

semoga memberi manfaat... :)

BY NURFARMIRA

Sunday 11 May 2014

TUJUAN AL-QURAN DITURUNKAN

 

تقوية الإيمان إلى الله ورسوله

 Menguatkan keimanan kepada Allah dan Rasul

تكريم الإنسان ويعطى حقهم

 Memuliakan manusia dan memberi hak-hak mereka

الأندار الى الناس لعبادة الله

 Peringatan kepada manusia untuk beribadat kepada Allah

تذكية الناس

 Menyucikan jiwa manusia

تبنى الأسرة الصالح وصلة بين المسلم

Membina keluarga yang soleh dan persaudaraan sesama Islam

تبنى الأمة الكريم بالأخلاق الحميدة

Membina umat yang mulia dengan kebaikan akhlak


post by syatirah

Saturday 10 May 2014


susah ke????
ramai yang berpendapat bahasa arab adalah bahasa yang paling susah untuk dipelajari TETAPI kita semua juga tahu bahawa bahasa arab juga bahasa syurga bermakna kita sebagai umat islam WAJIB mempelajari bahasa arab....kerana bahasa arab juga lah yang kita sebutkan di dalam solat kita setiap hari...so,jangan fikirkan ianya susah!!!
:)

INDAHKAN BAHASA SYURGA.....
BY NURFARMIRA

KISAH ANJING DENGAN BAYANG-BAYANG

يقال إن كلبا سرق قطعة من اللهم وجرى مسرعا حتى لا يلحق به إن أحد 

 Diceritakan seekor anjing telah mencuri sepotong daging dan berlari dengan cepat sehingga tiada seorang pun yang dapat mengejarnya.

وصل الكلب إلى النهر وحاول عبور النهر ليذهب إلى مسكنة ويستمتع بأكل قطعة اللهم

Anjing itu sampai ke sungai dan mencuba menyeberangi sungai itu untuk pergi ke tempat tinggalnya dan menikmati daging itu.

نظر الكلب إلى النهر فوجد صورته في الماء

anjing itu melihat ke dalam sungai itu dan mendapati bayang-bayangnya di dalam air,

فحسب أن هناك كلبا آخر يحمل قطعة لحم أخرى

Dia merasa anjing yang dilihat itu membawa potongan daging yang lain

قرر الكلب أن يأخذ قطعة اللهم التى في الماء

Dia membuat keputusan untuk mengambil daging yang dilihat didalam air tersebut

ففتح فمه وإذا بقطعة اللحم تقع من فمه في مجرى النهر

maka dia pun membuka mulutnya, lalu daging yangberada di dalam mulutnya itu pun jatuh ke dalam aliran sungai tersebut

 حاول الكلب الطماع استرجاع قطعة اللحم من المجرى  ولكنة لم يستطع ذلك

Anjing yang tamak itu cuba mendapatkan kembali potongan daging tersebut daripada arus sungai itu tetapi gagal.


post by Syatirah.


BAGAIMANA NAK JADI PENTERJEMAH YANG BAIK ?

Assalamualaikum semua. Hari ini saya akan berkongsi ilmu sedikit berkaitan dengan syarat-syarat seorang penterjemah.  Ramai yang beranggapan bahawa seseorang boleh menjadi penterjemah yang baik hanya sekadar menguasai dua bahasa sahaja seperti bahasa Melayu dan bahasa Arab sahaja. Bukan! sebagai penterjemah yang baik, seseorang haruslah mengusai beberapa bahasa asing yang lain. untuk menjadi penterjemah yang baik, kita haruslah :

1. mengetahui bahasa sumber iaitu bahasa yang digunakan di dalam teks itu sendiri. mudahnya, ia juga dikenali sebagai bahasa asal sebelum ia diterjemahkan. jika kita tidak dapat mendalami bahasa sumber dengan baik, mustahil kita dapat memahami teks dengan baik seterusnya menyampaikan teks tersebut kepada sasaran.

2. mengetahui bahasa sasaran iaitu bahasa yang ingin diterjemakan. contohnya, sekiranya kita nk terjemahkan teks bahasa arab kepada teks melayu, bahasa melayu itulah yang menjadi bahasa sasaran.

3.  mengetahui perkara yang akan diterjemahkan itu. sebagai penterjemah yang baik, kita haruslah mengetahui ilmu atau perkara yang ingin diterjemahkan itu. bagi saya, sekiranya kita ingin memindahkan sesuatu pesanan kepada seseorang, kita haruslah mengetahui apa yang ingin disampaikan oleh penulis teks dalam bahasa sumber. jika tidak, ia akan memberi kesan kepada kelompok sasaran untuk memahami teks terjemahan dengan baik.

4. mengetahui teori terjemahan. dalam proses menterjemah, ia perlulah mengikut teorinya yang tersendiri.hal ini kerana, ia bukan sahaja proses memindahkan perkataan, tapi ia merujuk kepada proses memindahkan ideologi, maklumat dan gaya nya yang tersendiri yang ada kala nya perlu dikekalkan atau diubah.

5. mengetahui bahasa sasaran. sebelum menterjemah, kita haruslah mengetahui kelompok sasaran kita agar dapat memindahkan teks dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai.

post by syatirah

Thursday 8 May 2014


Assalamualaikum....

Disini inginku kongsikan sedikit bicara pensyarahku dan pensyarahmu jua(sahabat-sahabat seperjuangan) yang membuatkan aku rasa terkesan dan terus bersemangat mempelajari bahasa arab.... katanya " orang hanya tahu kita tersenyum dihari kejayaan kita namun orang lain tak tahu disebalik kejayaan itu kita merasa perit lelah berusaha untuk mendapatkannya, dan kita juga dapat merasa nikmat kejayaan yang kita perolehi dengan usaha yang kuat dimana orang lain tidak dapat merasainya"..... 

تعلموا الغة العربية فانها جزء من دينكم

Belajar bahasa arab adalah sebahagian daripada agama kamu.
     by: norazima

Wednesday 7 May 2014


 اليوم هيا!!!!ا نتكلم بالغة العربية






 by: norazima

Tuesday 6 May 2014

kuliah 6/5/2014

Semalam, kami belajar mengenai menterjemah fungsi ayat. Ayat mempunyai 2 fungsi iaitu bentuk dan fungsi. Manakala fungsi bahasa ialah menghantar maklumat. Tujuan ayat maklumat untuk memberitahu sesuatu. Apa yang kita tahu, ayat maklumat mempunyai banyak iaitu ada peringkat-peringkat. Manakala, untuk menegaskan atau mengukuhkan maklumat mesti ada kata penguat. 

Seterusnya, pembahagian ayat maklumat adalah :-
1) Ayat pengisytiharan temasuklah makluman, pengumuman dan pemberitahuan contohnya dalam iklan iaitu       pemberitahuan tentang hari raya ia adalah maklumat untuk kita. 
2) Ayat takrifan temasuklah definisi, penjelasan dan penerangan.contohnya makan adalah untuk hidup dan         belajar adalah untuk pandai. 
***Tambahan untuk penggunaan ialah dan adalah tidak sama..selepas ialah mesti kata nama manakala                selepas adalah mestilah kata kerja, kata tugas contonya apa yang penting adalah bekerja bersama-sama. 
3) Ayat tegasan contohnya benar bahawa manusia mempunyai roh. Ayat persetujuan temasuk keizinan dan       sokongan contohnya awak boleh pergi sekarang.
4) Ayat penafian contohnya saya tidak pernah buat macam itu. 
5) Ayat sangsian termasuklah keraguan contohnya benarkah semua bangau putih.
6) Ayat tanyaan temasuklah soalan contohnya.awak apa khabar. 
7) Alat nilaian contonya perbuatan mencuri adalah berdosa iaitu ayat nilaian fakta.
8) Ayat sudut pandangan iaitu kalau seorang peniaga mempunyai sudut pandangan sebagai seorang peniaga. 9) Ayat syarat contonya kalau hari tidak hujan bolehlah kita bermain bola petang ini.
10) Ayat cerita termasuklah penjelasan contohnya pada suatu hari saya datang kerja lambat. 
11) Ayat janji termasuk  ikrar dan sumpah contohnya saya berjanji saya akan meneruskan pengajian saya           selagi saya mampu

by nurfarmira

MENGAPA KITA PERLU KEPADA BAHASA ARAB ??

7 Faedah Belajar Bahasa Arab

 
BISMILLAH, hari ini terdetik di hati kecil ini untuk menulis sebuah artikel mengenai kepentingan belajar bahasa arab.
- aku bukan arab jadi tak payah la belajar bahasa arab
- sory tak ada masa nak belajar bahasa arab , buku medik banyak lagi tak terbaca
- English is very important, Ok?
- aku budak AAJ ( Ambang Asuhan Jepun) nanti nak pergi Jepun tak guna belajar bahasa Arab , banyak kanji nak kena hafal
- bahasa Arab susah giler
Inilah alasan yang sering dilontar oleh sesetengah orang termasuk lah saya dahulu , dulu saya menggangap bahasa arab tak penting tetapi apabila terjumpa beberapa perkara akhirnya saya ingin belajar bahasa arab dan ingin mengajak anda bersama belajar bahasa al-Quran ini
 
1) nak khusyuk solat kena memahami bahasa arab sebab 100% bacaan dalam solat ialah dalam bahasa arab, terdapat banyak ulama yang sepakat untuk khusyuk dalam solat mesti memahami apa yang dilafazkan

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.”  
(Surah al-Mukminun, ayat 1-2)

 
2) Baca al-quran nak kena faham maknanya baru penghayatan itu lebih bermakna, saya rasa faham makna bukan hanya faham makna secara fizikal tapi secara spiritual 
 Firman Allah SWT, “Sesungguhnya KAMI turunkan ia (al-Quran) sebagai bacaan berbahasa arab agar kamu semua berfikir.” (Surah Yusuf: ayat 2).

 
3) Nak faham hadis juga kena faham bahasa Arab, lagipun Nabi Muhammad SAW pernah bersabda 
  hadis riwayat dari Abu al-Darda’ yang disebut oleh al-Baihaqi: “Sesiapa yang hafal untuk ummatku 40 hadis berhubung urusan agamanya, Allah akan bangkitkannya nanti sebagai seorang faqih dan aku (Muhammad) pada hari kiamat nanti akan menjadi syafaat kepadanya”. Imam Ahmad berkata, hadis ni masyhur tetapi tidak sabit.
Apabila sudah faham senanglah untuk kita menghafalnya, saranan saya untuk semua belilah kitab Hadith 40 Iman Nawawi, @ download jer dari internet


4) Terdapat beberapa tokoh besar islam seperti  As-Syahid Iman Hassan Al Banna telah menyarankan umat islam tak kira arab @ ajam(non arab)  belajar bahasa arab 
5) Banyak perkataan bahasa Melayu datang dari bahasa Arab , dengan memegang kapasiti sebagai penutur bahasa melayu, saya rasa lebih senang untuk saya menghafal perkataan bahasa arab sebagai contoh yang mudah kerusi dalam bahasa Arab al-kursiy
6) Pencapaian umat manusia dalam kecanggihan teknologi telah memudahkan kita untuk belajar bahasa arab tanpa pergi negara Arab untuk belajar bahasa arab, semuanya di hujung jari
7) Nabi Muhammad SAW berasal dari bangsa Arab,kita sebagai umat Islam wajib mencintai Nabi Muhammad SAW kerana tanpa Baginda SAW tidak mungkin kita memperoleh nikmat Islam yang kita dapat sejak kecil lagi.
bagi saya apabila kita mencintai Nabi Muhammad SAW kita akan mencintai semua perkara yang berkaitan dengan Baginda SAW 
 Ahl Sunnah menganggap bahasa Arab adalah sebaik-baik bahasa di dunia. Terdapat hadith berbunyi, “Mencintai arab adalah iman, membenci arab adalah nifaq.” (Dalam Sahih Muslim dengan lafaz Hubb al-Ansar min al-iman, Kitab al-Iman, hadith 74). Orang yang tidak mencintai arab, tidak mengiktiraf kelebihan arab adalah ahli bid`ah.


Ok (toyyib) sekarang terserahlah kepada kita semua untuk memilih belajar @ tidak memilih untuk belajar, keputusan yang kita buat sekarang menpengaruhi masa depan kita

Sekian, Syukran
  
post by syatirah






posted by Norazima.



Monday 5 May 2014

KONSEP PENTERJEMAHAN

Penterjemahan atau alih bahasa ialah perbuatan mentafsir makna sesuatu teks dan menerbitnya semula dalam bahasa yang lain. Tujuan penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan (teks sasaran) yang membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing (teks sumber). Penterjemahan merupakan satu aktiviti yang penting untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kerana ia membolehkan masyarakat menikmati ilmu pengetahuan daripada budaya asing. Biasanya, terjemahan merupakan pekerjaan manusia, tetapi selaras dengan perkembangan teknologi, penterjemahan sudah boleh dibantu dengan mesin, iaitu penterjemahan mesin.
by: syatirah.
 

SALAM PERKENALAN DARI KAMI

Assalamualaikum. kami memilih 'syazmiera' sebagai nama blog kami kerana ia merupakan hasil daripada gabungan nama ahli kumpulan kami. antaranya ialah 'Sya' diambil daripada nama Syatirah, 'Az' daripada nama Azima dan 'miera' diambil daripada nama Farmira. fokus utama blog ini ditubuhkan adalah untuk berkongsi serba sedikit tentang kursus Terjemahan Arab-Melayu-Arab(TAMA). Namun begitu, blog ini bukan sekadar berkongsi ilmu pengetahuan mengenai penterjemahan semata-mata, tetapi, kami juga akan berkongsi maklumat-maklumat yang santai serta bermanfaat untuk semua. Insyaallah.