Assalamualaikum semua. Hari ini saya akan berkongsi ilmu sedikit berkaitan dengan syarat-syarat seorang penterjemah. Ramai yang beranggapan bahawa seseorang boleh menjadi penterjemah yang baik hanya sekadar menguasai dua bahasa sahaja seperti bahasa Melayu dan bahasa Arab sahaja. Bukan! sebagai penterjemah yang baik, seseorang haruslah mengusai beberapa bahasa asing yang lain. untuk menjadi penterjemah yang baik, kita haruslah :
1. mengetahui bahasa sumber iaitu bahasa yang digunakan di dalam teks itu sendiri. mudahnya, ia juga dikenali sebagai bahasa asal sebelum ia diterjemahkan. jika kita tidak dapat mendalami bahasa sumber dengan baik, mustahil kita dapat memahami teks dengan baik seterusnya menyampaikan teks tersebut kepada sasaran.
2. mengetahui bahasa sasaran iaitu bahasa yang ingin diterjemakan. contohnya, sekiranya kita nk terjemahkan teks bahasa arab kepada teks melayu, bahasa melayu itulah yang menjadi bahasa sasaran.
3. mengetahui perkara yang akan diterjemahkan itu. sebagai penterjemah yang baik, kita haruslah mengetahui ilmu atau perkara yang ingin diterjemahkan itu. bagi saya, sekiranya kita ingin memindahkan sesuatu pesanan kepada seseorang, kita haruslah mengetahui apa yang ingin disampaikan oleh penulis teks dalam bahasa sumber. jika tidak, ia akan memberi kesan kepada kelompok sasaran untuk memahami teks terjemahan dengan baik.
4. mengetahui teori terjemahan. dalam proses menterjemah, ia perlulah mengikut teorinya yang tersendiri.hal ini kerana, ia bukan sahaja proses memindahkan perkataan, tapi ia merujuk kepada proses memindahkan ideologi, maklumat dan gaya nya yang tersendiri yang ada kala nya perlu dikekalkan atau diubah.
5. mengetahui bahasa sasaran. sebelum menterjemah, kita haruslah mengetahui kelompok sasaran kita agar dapat memindahkan teks dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai.
post by syatirah
No comments:
Post a Comment