Semalam, kami belajar mengenai menterjemah fungsi ayat. Ayat mempunyai 2 fungsi iaitu bentuk dan fungsi. Manakala fungsi bahasa ialah menghantar maklumat. Tujuan ayat maklumat untuk memberitahu sesuatu. Apa yang kita tahu, ayat maklumat mempunyai banyak iaitu ada peringkat-peringkat. Manakala, untuk menegaskan atau mengukuhkan maklumat mesti ada kata penguat.
Seterusnya, pembahagian ayat maklumat adalah :-
1) Ayat pengisytiharan temasuklah makluman, pengumuman dan pemberitahuan contohnya dalam iklan iaitu pemberitahuan tentang hari raya ia adalah maklumat untuk kita.
2) Ayat takrifan temasuklah definisi, penjelasan dan penerangan.contohnya makan adalah untuk hidup dan belajar adalah untuk pandai.
***Tambahan untuk penggunaan ialah dan adalah tidak sama..selepas ialah mesti kata nama manakala selepas adalah mestilah kata kerja, kata tugas contonya apa yang penting adalah bekerja bersama-sama.
3) Ayat tegasan contohnya benar bahawa manusia mempunyai roh. Ayat persetujuan temasuk keizinan dan sokongan contohnya awak boleh pergi sekarang.
4) Ayat penafian contohnya saya tidak pernah buat macam itu.
5) Ayat sangsian termasuklah keraguan contohnya benarkah semua bangau putih.
6) Ayat tanyaan temasuklah soalan contohnya.awak apa khabar.
7) Alat nilaian contonya perbuatan mencuri adalah berdosa iaitu ayat nilaian fakta.
8) Ayat sudut pandangan iaitu kalau seorang peniaga mempunyai sudut pandangan sebagai seorang peniaga. 9) Ayat syarat contonya kalau hari tidak hujan bolehlah kita bermain bola petang ini.
10) Ayat cerita termasuklah penjelasan contohnya pada suatu hari saya datang kerja lambat.
11) Ayat janji termasuk ikrar dan sumpah contohnya saya berjanji saya akan meneruskan pengajian saya selagi saya mampu
by nurfarmira
No comments:
Post a Comment