Tuesday, 6 May 2014

MENGAPA KITA PERLU KEPADA BAHASA ARAB ??

7 Faedah Belajar Bahasa Arab

 
BISMILLAH, hari ini terdetik di hati kecil ini untuk menulis sebuah artikel mengenai kepentingan belajar bahasa arab.
- aku bukan arab jadi tak payah la belajar bahasa arab
- sory tak ada masa nak belajar bahasa arab , buku medik banyak lagi tak terbaca
- English is very important, Ok?
- aku budak AAJ ( Ambang Asuhan Jepun) nanti nak pergi Jepun tak guna belajar bahasa Arab , banyak kanji nak kena hafal
- bahasa Arab susah giler
Inilah alasan yang sering dilontar oleh sesetengah orang termasuk lah saya dahulu , dulu saya menggangap bahasa arab tak penting tetapi apabila terjumpa beberapa perkara akhirnya saya ingin belajar bahasa arab dan ingin mengajak anda bersama belajar bahasa al-Quran ini
 
1) nak khusyuk solat kena memahami bahasa arab sebab 100% bacaan dalam solat ialah dalam bahasa arab, terdapat banyak ulama yang sepakat untuk khusyuk dalam solat mesti memahami apa yang dilafazkan

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.”  
(Surah al-Mukminun, ayat 1-2)

 
2) Baca al-quran nak kena faham maknanya baru penghayatan itu lebih bermakna, saya rasa faham makna bukan hanya faham makna secara fizikal tapi secara spiritual 
 Firman Allah SWT, “Sesungguhnya KAMI turunkan ia (al-Quran) sebagai bacaan berbahasa arab agar kamu semua berfikir.” (Surah Yusuf: ayat 2).

 
3) Nak faham hadis juga kena faham bahasa Arab, lagipun Nabi Muhammad SAW pernah bersabda 
  hadis riwayat dari Abu al-Darda’ yang disebut oleh al-Baihaqi: “Sesiapa yang hafal untuk ummatku 40 hadis berhubung urusan agamanya, Allah akan bangkitkannya nanti sebagai seorang faqih dan aku (Muhammad) pada hari kiamat nanti akan menjadi syafaat kepadanya”. Imam Ahmad berkata, hadis ni masyhur tetapi tidak sabit.
Apabila sudah faham senanglah untuk kita menghafalnya, saranan saya untuk semua belilah kitab Hadith 40 Iman Nawawi, @ download jer dari internet


4) Terdapat beberapa tokoh besar islam seperti  As-Syahid Iman Hassan Al Banna telah menyarankan umat islam tak kira arab @ ajam(non arab)  belajar bahasa arab 
5) Banyak perkataan bahasa Melayu datang dari bahasa Arab , dengan memegang kapasiti sebagai penutur bahasa melayu, saya rasa lebih senang untuk saya menghafal perkataan bahasa arab sebagai contoh yang mudah kerusi dalam bahasa Arab al-kursiy
6) Pencapaian umat manusia dalam kecanggihan teknologi telah memudahkan kita untuk belajar bahasa arab tanpa pergi negara Arab untuk belajar bahasa arab, semuanya di hujung jari
7) Nabi Muhammad SAW berasal dari bangsa Arab,kita sebagai umat Islam wajib mencintai Nabi Muhammad SAW kerana tanpa Baginda SAW tidak mungkin kita memperoleh nikmat Islam yang kita dapat sejak kecil lagi.
bagi saya apabila kita mencintai Nabi Muhammad SAW kita akan mencintai semua perkara yang berkaitan dengan Baginda SAW 
 Ahl Sunnah menganggap bahasa Arab adalah sebaik-baik bahasa di dunia. Terdapat hadith berbunyi, “Mencintai arab adalah iman, membenci arab adalah nifaq.” (Dalam Sahih Muslim dengan lafaz Hubb al-Ansar min al-iman, Kitab al-Iman, hadith 74). Orang yang tidak mencintai arab, tidak mengiktiraf kelebihan arab adalah ahli bid`ah.


Ok (toyyib) sekarang terserahlah kepada kita semua untuk memilih belajar @ tidak memilih untuk belajar, keputusan yang kita buat sekarang menpengaruhi masa depan kita

Sekian, Syukran
  
post by syatirah


No comments:

Post a Comment