Tuesday, 17 June 2014

Jenis-Jenis kamus ( Alat Bantu Menterjemah )

*** kawan-kawan jika kita ingin menterjemahkan sesuatu ayat yang belum 
kita ketahui tentu kita akan memerlukan alat bantu....
*** mesti semua orang dah tahukan salah satu alat bantu dalam menterjemah
 ialah Kamus...
*** apa itu kamus??
*** kamus ialah Sejenis buku rujukan yang menerangkan makna perkataan,
 berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru,
 mempunyai panduan sebutan asal. 

antaranya :-
  • KAMUS EKA BAHASA
Kamus Eka Bahasa ialah kamus yang hanya menggunakan satu bahasa sahaja kata-kata
entri dan penjelasannya terdiri daripada bahasa yang sama.takrifan makna dibuat
berdasarkan makna yang diberikan dalam contoh ayat. Penyusunan dibuat 
berasasklan pembuktian data korpus.
contoh kamus Eka Bahasa ialah seperti: Kamus DewanQamus al-wasit dll.

  • KAMUS DWI BAHASA
Kamus Dwi Bahasa ialah Kamus yang menggunakan dua bahasa kata masukan 
diberi padanan atau pemerian takrifnya dengan menggunakan bahasa lain. 
contohya:    Kamus Besar Arab-Melayu DewanKamus al-Marbawi 
kamus Indonesia- Arab Arab-Indonesia dll

  • KAMUS ANEKA BAHASA/MULTI BAHASA
Kamus jenis ini sekurang-kurangnya akan menggunakan tiga bahasa dalam menterjemah
contoh: kamus Melayu-Cina -Inggeris, Melayu-Arab-Inggeris dll.

itualah diantara jenis-jenis kamus yang boleh kita pakai dalam menterjemah...


contoh-contoh







by NURFARMIRA

No comments:

Post a Comment