Pada awalnya, Madrasah Andalus tidak wujud secara sendiri dan tidak bebas. Ini kerana mereka banyak terpengaruh dengan ulama-ulama terutama drpd Timur iaitu Sibawaih dan anak-anak muridnya. Berikut adalah tahap-tahap awal sebelum madrasah ini berdiri dengan sendirinya:
1. Tahap Kebergantungan Kepada Ulama Timur
Tahap ini bermula dari zaman Kerajaan ’Umayyah yang berasingan hingga kepada zaman raja-raja dan puak-puak iaitu kurun ke-3, ke-4 dan ke-5 Hijriah dan memakan masa lebih kurang tiga kurun lamanya. Tahap ini juga dikenali sebagai permulaan ilmu nahu masuk ke Negara Andalus di bawah kelolaan JËdiy bin ‘UthmÉn (m. 198H) hingga masa Ibn SÊdah (m. 448H). Penduduk Andalus sangat mengharapkan kepada ulama dari Timur iaitu Basrah, Kufah dan Baghdad untuk mengajar disiplin nahu serta disiplin-disiplin bahasa yang lain.
Antara kemajuan yang dicapai pada tahap ini menyerupai peringkat kedua perkembangan ilmu nahu di Basrah dan Kufah iaitu peringkat percambahan dan kesuburan. Hal ini kerana, nama-nama besar yang disebut di atas tidak mendapat bekalan ilmu nahu yang secukupnya kerana jarak perjalanan untuk ke Timur (Basrah, Kufah dan Baghdad) begitu jauh. Tambahan pula, masyarakat cendekiawan tidak memfokuskan kepada ilmu tatabahasa dan linguistik Arab. Mereka hanya menumpukan kepada ilmu fiqah, usuluddin, qira’at dan syair sahaja. Kebanyakan ulama tahap ini mengembara ke Timur untuk menuntut ilmu secara umum dan segelintir sahaja yang mengutamakan kepada ilmu nahu secara khusus. Antara cendekiawan yang begitu berminat kepada ilmu tatabahasa ialah MuÍammad bin MusÉ al-’AfshÊn yang menjelajah ke Mesir untuk belajar dengan ’AbË Ja`far al-DÊnËriy serta
mengambil kitab SÊbawayh daripadanya, kemudian membawa balik ke Cordova untuk diajarkan kepada pelajar-pelajarnya. Begitu juga dengan MuÍammad bin YahyÉ alRabÉÍiy yang bertemu dengan ’AbË Ja‘far bin al-NaÍÍÉs di Mesir dan mengambil kitab SÊbawayh juga untuk diajarkan kepada anak-anak muridnya serta dihuraikan perkara-perkara susah di dalamnya.
2. Tahap Kebergantungan Kepada Karya Timur
Tahap ini berlangsung lebih dari satu abad iaitu pada kurun ke-6 Hijriah dan merangkumi Zaman Perikatan Afrika (493 – 541H) dan sebahagian pertama Zaman Kesatuan Afrika (541 – 668H). Tahap ini dikenali juga dengan Madrasah al-’A‘lam al-Shantamiriy dan pelajar-pelajarnya seperti Ibn al-ÙarÉwah dan lain-lain.
Kemajuan yang dicapai dalam tahap ini menyerupai peringkat ketiga perkembangan ilmu nahu di Basrah dan Kufah yang dikenali sebagai peringkat kematangan dan kesempurnaan. Ilmu nahu berkembang dengan pesat di Andalus sehingga mendahului perkembangannya berbanding dengan Timur. Begitu juga dengan para ulama yang begitu berminat terhadap ilmu nahu dengan menumpukan sepenuh perhatian, ikhlas dan sentiasa mengabdikan diri untuk ilmu tersebut sehingga
mengatasi galakan serta dorongan yang dihulurkan oleh raja-raja serta pemerintah daripada Kerajaan Perikatan dan Kesatuan Afrika.
3. Tahap Kebebasan dalam Penulisan
Tahap ini berlangsung selama lebih kurang satu abad sahaja iaitu pada kurun ke-7 Hijriah, pada masa pemerintahan Kesatuan Afrika dan berakhir pada tahun 668 Hijriah apabila pemerintah Islam keluar dari bumi Andalus. Zaman ini dikenali juga dengan Madrasah ’AbÊ ‘Aliy al-ShalawbÊniy dan pelajar-pelajarnya.
Zaman sebelum ini telah menjadikan tahap ketiga sebagai masa keemasan bagi perkembangan ilmu nahu di Andalus. Generasi ulama lepas telah mempersiapsediakan segala kelengkapan dan persiapan hingga membolehkan Madrasah ’AbÊ ‘Aliy al-ShalawbÊniy dan pelajar-pelajarnya mengorak langkah ke hadapan dengan penuh bergaya dan sentiasa disebut dalam lipatan sejarah. Akhirnya, Madrasah tersebut diihat mampu berdikari dengan sendiri dan membentuk aliran khusus dalam ilmu
nahu. Pemilihan terhadap aliran-aliran terdahulu dan penyaringan yang dilakukan oleh madrasah ini telah menyumbang ke arah pembentukan satu aliran nahu yang tersendiri dan berjaya menaikkan nama Andalus sebaris dengan aliran-aliran masyhur yang lain. Suasana yang berlaku dalam aliran baru ini samalah dengan keadaan peringkat keempat pembentukan ilmu nahu yang berlaku di Baghdad yang dikenali sebagai peringkat pemilihan dan penyebarluasan.
Ulama pada tahap ini sibuk dengan menghuraikan dan mengulas kitab-kitab terutama yang dihasilkan oleh ulama mereka sendiri dan sedikit sahaja bergantung kepada manuskrip dari Timur. Hal ini menyebabkan mereka mempunyai aliran dan pendapat yang tersendiri. Fenomena tersebut dapat dilihat menerusi ’AbË ‘Aliy alShalawbÊniy sebagai seorang imam bahasa Arab yang mengarang manuskrip dalam ilmu nahu yang dikenali sebagai al-TawÏi’ah. Begitu juga dengan Ibn HishÉm alKhaÌrÉwiy yang menghasilkan manuskrip dalam ilmu saraf yang diberi nama FaÎl alMaqÉl fÊ ’Abniyah al-’Af‘Él. Seterusnya, diikuti oleh Ibn ‘UÎfËr yang menulis kitab dalam ilmu nahu dan tasrif. Dalam ilmu nahu, beliau menulis kitab al-Muqrib yang mengatasi kitab dari Timur dari segi keindahan bahasa, balaghah pengucapan, ringkas dan menyeluruh pada tajuknya. Dalam ilmu tasrif, beliau mengarang kitab al-Mumti`merupakan kitab yang besar dan luas dalam ilmunya.
Walaupun ulama zaman ini sibuk menghasilkan karya-karya baharu, namun mereka tidak meninggalkan sama sekali kitab-kitab dari Timur. Mereka seperti ulama terdahulu, tetap memandang tinggi kepada kitab-kitab berkenaan dengan cara menghurai, mengulas dan menganalisa. Sebagai contoh kitab al-‘ÔÌÉÍ bagi ‘Aliy alFÉrisiy dihurai oleh begitu ramai ulama seperti Ibn HishÉm al-KhaÌrÉwiy, Ibn al-×Éj, Ibn ’AbÊ al-RabÊ‘ dan Ibn al-ÖÉ’i‘.
No comments:
Post a Comment