Sunday, 11 May 2014

TUJUAN AL-QURAN DITURUNKAN

 

تقوية الإيمان إلى الله ورسوله

 Menguatkan keimanan kepada Allah dan Rasul

تكريم الإنسان ويعطى حقهم

 Memuliakan manusia dan memberi hak-hak mereka

الأندار الى الناس لعبادة الله

 Peringatan kepada manusia untuk beribadat kepada Allah

تذكية الناس

 Menyucikan jiwa manusia

تبنى الأسرة الصالح وصلة بين المسلم

Membina keluarga yang soleh dan persaudaraan sesama Islam

تبنى الأمة الكريم بالأخلاق الحميدة

Membina umat yang mulia dengan kebaikan akhlak


post by syatirah

Saturday, 10 May 2014


susah ke????
ramai yang berpendapat bahasa arab adalah bahasa yang paling susah untuk dipelajari TETAPI kita semua juga tahu bahawa bahasa arab juga bahasa syurga bermakna kita sebagai umat islam WAJIB mempelajari bahasa arab....kerana bahasa arab juga lah yang kita sebutkan di dalam solat kita setiap hari...so,jangan fikirkan ianya susah!!!
:)

INDAHKAN BAHASA SYURGA.....
BY NURFARMIRA

KISAH ANJING DENGAN BAYANG-BAYANG

يقال إن كلبا سرق قطعة من اللهم وجرى مسرعا حتى لا يلحق به إن أحد 

 Diceritakan seekor anjing telah mencuri sepotong daging dan berlari dengan cepat sehingga tiada seorang pun yang dapat mengejarnya.

وصل الكلب إلى النهر وحاول عبور النهر ليذهب إلى مسكنة ويستمتع بأكل قطعة اللهم

Anjing itu sampai ke sungai dan mencuba menyeberangi sungai itu untuk pergi ke tempat tinggalnya dan menikmati daging itu.

نظر الكلب إلى النهر فوجد صورته في الماء

anjing itu melihat ke dalam sungai itu dan mendapati bayang-bayangnya di dalam air,

فحسب أن هناك كلبا آخر يحمل قطعة لحم أخرى

Dia merasa anjing yang dilihat itu membawa potongan daging yang lain

قرر الكلب أن يأخذ قطعة اللهم التى في الماء

Dia membuat keputusan untuk mengambil daging yang dilihat didalam air tersebut

ففتح فمه وإذا بقطعة اللحم تقع من فمه في مجرى النهر

maka dia pun membuka mulutnya, lalu daging yangberada di dalam mulutnya itu pun jatuh ke dalam aliran sungai tersebut

 حاول الكلب الطماع استرجاع قطعة اللحم من المجرى  ولكنة لم يستطع ذلك

Anjing yang tamak itu cuba mendapatkan kembali potongan daging tersebut daripada arus sungai itu tetapi gagal.


post by Syatirah.


BAGAIMANA NAK JADI PENTERJEMAH YANG BAIK ?

Assalamualaikum semua. Hari ini saya akan berkongsi ilmu sedikit berkaitan dengan syarat-syarat seorang penterjemah.  Ramai yang beranggapan bahawa seseorang boleh menjadi penterjemah yang baik hanya sekadar menguasai dua bahasa sahaja seperti bahasa Melayu dan bahasa Arab sahaja. Bukan! sebagai penterjemah yang baik, seseorang haruslah mengusai beberapa bahasa asing yang lain. untuk menjadi penterjemah yang baik, kita haruslah :

1. mengetahui bahasa sumber iaitu bahasa yang digunakan di dalam teks itu sendiri. mudahnya, ia juga dikenali sebagai bahasa asal sebelum ia diterjemahkan. jika kita tidak dapat mendalami bahasa sumber dengan baik, mustahil kita dapat memahami teks dengan baik seterusnya menyampaikan teks tersebut kepada sasaran.

2. mengetahui bahasa sasaran iaitu bahasa yang ingin diterjemakan. contohnya, sekiranya kita nk terjemahkan teks bahasa arab kepada teks melayu, bahasa melayu itulah yang menjadi bahasa sasaran.

3.  mengetahui perkara yang akan diterjemahkan itu. sebagai penterjemah yang baik, kita haruslah mengetahui ilmu atau perkara yang ingin diterjemahkan itu. bagi saya, sekiranya kita ingin memindahkan sesuatu pesanan kepada seseorang, kita haruslah mengetahui apa yang ingin disampaikan oleh penulis teks dalam bahasa sumber. jika tidak, ia akan memberi kesan kepada kelompok sasaran untuk memahami teks terjemahan dengan baik.

4. mengetahui teori terjemahan. dalam proses menterjemah, ia perlulah mengikut teorinya yang tersendiri.hal ini kerana, ia bukan sahaja proses memindahkan perkataan, tapi ia merujuk kepada proses memindahkan ideologi, maklumat dan gaya nya yang tersendiri yang ada kala nya perlu dikekalkan atau diubah.

5. mengetahui bahasa sasaran. sebelum menterjemah, kita haruslah mengetahui kelompok sasaran kita agar dapat memindahkan teks dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai.

post by syatirah

Thursday, 8 May 2014


Assalamualaikum....

Disini inginku kongsikan sedikit bicara pensyarahku dan pensyarahmu jua(sahabat-sahabat seperjuangan) yang membuatkan aku rasa terkesan dan terus bersemangat mempelajari bahasa arab.... katanya " orang hanya tahu kita tersenyum dihari kejayaan kita namun orang lain tak tahu disebalik kejayaan itu kita merasa perit lelah berusaha untuk mendapatkannya, dan kita juga dapat merasa nikmat kejayaan yang kita perolehi dengan usaha yang kuat dimana orang lain tidak dapat merasainya"..... 

تعلموا الغة العربية فانها جزء من دينكم

Belajar bahasa arab adalah sebahagian daripada agama kamu.
     by: norazima

Wednesday, 7 May 2014


 اليوم هيا!!!!ا نتكلم بالغة العربية






 by: norazima

Tuesday, 6 May 2014

kuliah 6/5/2014

Semalam, kami belajar mengenai menterjemah fungsi ayat. Ayat mempunyai 2 fungsi iaitu bentuk dan fungsi. Manakala fungsi bahasa ialah menghantar maklumat. Tujuan ayat maklumat untuk memberitahu sesuatu. Apa yang kita tahu, ayat maklumat mempunyai banyak iaitu ada peringkat-peringkat. Manakala, untuk menegaskan atau mengukuhkan maklumat mesti ada kata penguat. 

Seterusnya, pembahagian ayat maklumat adalah :-
1) Ayat pengisytiharan temasuklah makluman, pengumuman dan pemberitahuan contohnya dalam iklan iaitu       pemberitahuan tentang hari raya ia adalah maklumat untuk kita. 
2) Ayat takrifan temasuklah definisi, penjelasan dan penerangan.contohnya makan adalah untuk hidup dan         belajar adalah untuk pandai. 
***Tambahan untuk penggunaan ialah dan adalah tidak sama..selepas ialah mesti kata nama manakala                selepas adalah mestilah kata kerja, kata tugas contonya apa yang penting adalah bekerja bersama-sama. 
3) Ayat tegasan contohnya benar bahawa manusia mempunyai roh. Ayat persetujuan temasuk keizinan dan       sokongan contohnya awak boleh pergi sekarang.
4) Ayat penafian contohnya saya tidak pernah buat macam itu. 
5) Ayat sangsian termasuklah keraguan contohnya benarkah semua bangau putih.
6) Ayat tanyaan temasuklah soalan contohnya.awak apa khabar. 
7) Alat nilaian contonya perbuatan mencuri adalah berdosa iaitu ayat nilaian fakta.
8) Ayat sudut pandangan iaitu kalau seorang peniaga mempunyai sudut pandangan sebagai seorang peniaga. 9) Ayat syarat contonya kalau hari tidak hujan bolehlah kita bermain bola petang ini.
10) Ayat cerita termasuklah penjelasan contohnya pada suatu hari saya datang kerja lambat. 
11) Ayat janji termasuk  ikrar dan sumpah contohnya saya berjanji saya akan meneruskan pengajian saya           selagi saya mampu

by nurfarmira